Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Malaysiakini Media Publisiti Murahan

Sunday, 13 December 2009


Adakah Malaysiakini mahu mengikuti jejak langkah Utusan, Berita Harian dan NSTP untuk melihat pemimpin Pakatan Rakyat berpecah belah? Tiada isukah sehinggakan mahu jadi media nangka buruk. Sebagai media yang neutral tidak sepatutnya jadi publisiti murahan untuk melaga-lagakan pimpinan PR


Dengan mengunakan tajuk "PAS tidak sepakat isu dana bina masjid", Malaysiakini cuba membentuk pemikiran pembaca supaya melihat seolah-olah Timbalan Presiden, Ust Nasharuddin Mat Isa berbeza pandangan dengan Bendahari PAS Dr. Hatta Ramli.


Tindakan Malaysiakini juga dilihat sama seperti Utusan Malaysia yang mengunakan tajuk kontroversi dalam isu ini bagi menimbulkan kemarahan pembaca.


Utusan Malaysia mengunakan tajuk "Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid" dan secara spontan rakyat yang membaca tajuk itu boleh memberikan respon yang negatif.


Diharapkan agar pihak Malaysiakini dan media lain tidak menangguk diair keruh hingga sangup mengunakan cara yang tidak berhemah bagi menarik perhatian pembaca.

1 comments:

PemudaGagasan said...

Salamz...

Baru kini tuan telah merasai apa yang dirasakan oleh ahli-ahli UMNO apabila akhbar yang dikatakan sebagai pro-UMNO iaitu Utusan Malaysia melapurkan kemelut yang berlaku dalam kepimpinan UMNO sedikit masa dahulu.

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat