Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kereta Khalid Samad Hilang

Sunday, 27 December 2009

Kereta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hilang dan difahamkan ia berlaku antara 10 pagi hingga 6 petang semalam.

Khalid berkata, kereta itu yang baru dibeli empat bulan lalu telah diletakan di tempat meletak kereta berhampiran pejabat beliau di Seksyen 13, Shah Alam sekitar 10 pagi sebelum memasuki pejabatnya di tingkat 13.

Menurutnya, itu merupakan pertama kali beliau kehilangan kereta dan meyakini perkara itu langsung tiada kaitan dengan politik.

“Apa yang nak dihairankan, kalau Jet bernilai jutaan ringgit pun boleh hilang, apalah sangat kereta,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Seksyen 11, di Shah Alam.

Menurutnya, polis memaklumkan kes berkaitan jenayah kecurian kereta sesuatu yang biasa dilaporkan dan antara dua hingga tiga kereta samada yang masih baru atau yang lama hilang setiap hari di negara ini.

Beliau menambah, sehari sebelum kahilangan itu, beliau telah mengemaskan semua barang-barang penting dalam keretanya itu termasuk dokumen-dokumen penting.

“Walaupun sebelum kehilangan kereta saya itu ia dipenuhi dengan ratusan dokumen penting, namun saya sempat mengemasnya,” katanya yang redha dengan kehilangan kereta Toyota tersebut.

Mengulas berkaitan kehilangan enjin jet milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), beliau berkata, rakyat menuntut siasatan telus dari setiap peringkat termasuklah orang atasan yang mungkin terlibat semasa kehilangan itu.

Enjin pesawat tempur F-5E TUDM itu dikatakan hilang pada 26 Jun 2007 tetapi hanya disedari pada Mei 2008.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat