BN 300 vs PAS 10000


Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP.

Sebelum ini UMNO melakukan demonstrasi dengan menghantar memorandum menyuruh Tok Guru meletak jawatan Menteri Besar namun kehadiran mereka hanyalah sekitar 300 orang sahaja. Demonstrasi yang kononnya diwakili oleh rakyat Kelantan tetapi mereka sebenarnya mengerah pelajar sekolah lepasan SPM untuk meramaikan lagi suasana.

Diharapkan dengan momentum ini membuktikan rakyat masih sokong pimpinan Tok Guru dan bukannya sperti digembar-gemburkan oleh UMNO. Jangan mudah tertipu dengan mainan UMNO ini yang cuba pecah-belahkan rakyat Kelantan.

Comments

pria malaya said…
HIMPUNAN GAMBAR DAN VIDEO ADA DISINI!!

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/gambar-penuh-sekitar-perhimpunan.html