Bekas Pengurus Besar PKFZ Didakwa


SENG SWEE (belakang) dan Abok di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O.C. Phang dan dua yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam terhadap tuduhan pecah amanah dan membuat tuntutan palsu dalam satu kes berhubung skandal Zon Bebas Cukai Pelabu- han Klang (PKFZ).

Dua yang lain ialah Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd., yang merupakan kontraktor projek tersebut Steven Abok dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee dari BTA Architect selaku perunding projek berkenaan.

Phang, yang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM254.84 juta, dibenarkan diikat jamin sebanyak RM350,000.

Abok dan Seng Swee, yang kedua-duanya memakai penutup muka semasa dibawa ke mahkamah, didakwa bersama terhadap dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM5.42 juta.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 20 Januari depan. Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas terhadap 24 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM122.27 juta.

Comments