Usah Bercakap Pasal Melayu-Islam

UMNO tidak layak bercakap pasal Melayu-Islam kerana UMNO sendiri berjuang tiada kitab atau pun lebih kepada dasar sekular malahan lebih teruk dari sekular. Memetik daripada beberapa akhbar semalam yang mengatakan perlu ada ‘Pakatan senyap’ antara UMNO dan Pas.

Untuk apa semua ini dan kenapa UMNO terlalu beria-ia mahukan PAS bersama mereka? Adakah mereka mahu mengukuhkan api perkauman sekiranya PAS bersama mereka. Apakan tidaknya, itulah mahu ditubuhkan ‘Pakatan Senyap’ khas untuk Melayu-Islam.

Dalam al-Quran tidak disebut perjuangan bangsa itu lebih penting atau dengan kata lain Assabiyyah. Hanya disebut perjuangan menegakkan agama Islam. UMNO perlu cermin dahulu parti mereka yang tercalit dengan rasuah dan segala kekotoran yang dipenuhi dengan najis-najis rasuah.

UMNO sepatutnya masuk PAS jika mahukan ISLAM dan bukannya PAS yang masuk UMNO. Jika UMNO betul-betul mahukan ISLAM maka pilihlah parti yang memperjuangkan Islam dan jangan kepentingan politik kotor mereka.

UMNO juga kata yang mereka memperjuangkan Islam tetapi manakah bukti Islam yang dibawa mereka. Kita boleh menilai sendiri pemimpin UMNO hari ini. Sebagai contoh isteri menteri-menteri UMNO tidak menutup aurat dan Perdana Menteri juga mendedahkan urat. Islam jenis apakah yang dianut oleh mereka sedangkan Islam menyuruh wanita menutup aurat seperti yang terkandung dalam surah an-Nuur ayat 31.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Surah an-Nuur: 31

Selain itu juga dalam surah al-A’raaf ayat 26 juga ada menerangkan mengenai aurat

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Surah al-A’raaf: 26

Sebelum UMNO mahu bercakap pasal Islam maka perlulah mereka mengubah asar mereka terlebih dahulu atau menyertai PAS dalam Membangun Bersama Islam. Adakah isteri-isteri menteri dalam UMNO mahu menutup aurat? Itu pilihan mereka jika mereka benar-benar Islam, jangan hanya Negara sahaja diwar-warkan Islam tetapi pemimpin kerajaan terus seperti orang bukan Islam.

Jangan jadi seperti pemimpin sesat yang hanya bercakap pasal Islam. Ikutlah perjuangan Islam yang sebenar seperti yang dijelaskan dalam Surah al-A’raaf ayat 3

Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya (pemimpin-pemimpin yang membawa kesesatan). Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).

Surah al-A’raaf:3

Comments