RON 95 Bermasalah?


Research Octane Number 95 (RON 95) merupakan minyak petrol yang menggantikan RON 92 dikatakan mempunyai kualiti dan prestasi yang kurang memuaskan pengguna. Apakah sebab kerajaan menggantikan RON 92 kepada RON 95 sedangkan RON 95 mempunyai masalah dari segi prestasi dan kualiti kepada enjin kenderaan?

Sebelum ini RON 92 dikatakan mempunyai kandungan plumbun yang boleh menyebabkan kanser jangka panjang. Namun kerajaan cuba mengalih perhatian rakyat bahawa RON 92 tidak lagi relevan digunakan sebaliknya menggantikan RON 95 yang kononnya meneyelamatkan rakyat dari pembebasan plumbun.

Maka RON 95 pun digantikan daripada RON 92. Selepas RON 95 dilancarkan, selang beberapa minggu harga RON 97 dinaikkan tanpa sebab sehinggakan mengelirukan rakyat bahawa RON 95 mempunyai kualiti lebih baik dari RON 92. Menjadi persoalan kenapakah RON 97 dinaikkan tanpa sebab musabab?

Harga RON 95 semasa adalah RM1.80/liter naik RM0.05/liter pada harga asal iaitu pada RM1.75/liter manakala RON 97 semasa adalah RM2.05/liter naik sebanyak RM0.15/liter tanpa sebarang sebab.

Kebanyakkan stesen minyak milik Petronas tidak mempunyai minyak RON 97 sebaliknya mengagungkan minyak jenis RON 95. Ini satu lagi langkah kerajaan yang tidak cerdik kerana tidak memberi sepenuhnya kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak jenis RON 97. Sebagai contoh di Melaka, bukan semua stesen minyak di Melaka mempunyai minyak RON 97 sebaliknya hanya dibeberapa lokasi sahaja yang ada minyak jenis RON 97.

Apakah ini tindakan kerajaan untuk menzalimi rakyat serta mengambil kesempatan ke atas rakyat ketika rakyat mengalami masalah ekonomi ini. Adakah kerajaan sudah mengalami kekurangan duit sehinggakan menjadikan rakyat di bawah mangsa kerakusan mereka?

Comments

Abam Kie said…
Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.

Zuki (zukidin.blogspot.com)