Polis Lebih Takut Penyokong Bola Sepak Daripada Demonstrasi Aman


Seperti dimaklumkan dalam post sebelum ini mengenai tindakan polis lebih ganas kepada mereka yang menyertai demonstrasi aman berbanding penyokong bola sepak. Hari ini terbukti bahawa polis gagal dalam menangani kes jenayah tetapi kes yang berkaitan politik mereka handal.

Seperti yang kita tahu tindakan polis merampas peralatan elektronik ADUN Pakatan Rakyat ketika menghadiri sidang DUN Perak 28 Oktober lalu membuktikan polis lebih berani terhadap ADUN berbanding mencegah jenayah.

Dalam kejadian pada 28 Oktober ketika mahu berlangsung sidang DUN Perak, polis telah merampas kamera digital, kamera video, telefon bimbit dan sebarang peranti elektonik dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi tidak dilakukan perkara yang sama kepada ADUN BN.

Dibawah ini adalah keratan yang dipetik dari sumber BERNAMA pada 6 Nov 09 mengenai anggota polis Malaysia yang tidak berani menanggung risiko tetapi lebih berani memberi risiko kepada peserta demonstrasi aman sebelum ini.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 2,000 penyokong kedua-dua pasukan gagal mendapatkan tiket untuk perlawanan itu.

"Kita tidak akan mengadakan skrin besar di luar stadium setelah berbincang dengan Polis Diraja Malaysia atas sebab-sebab keselamatan," kata Azzuddin.

Perlawanan akhir edisi ke-84 piala yang paling berpestij di dalam saingan Liga Malaysia itu akan berlangsung pada pukul 8.45 malam.

Comments