Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pilihan Raya Kecil N.14 Changkat Jering

Thursday, 12 November 2009


BN dikatakan akan mencuba nasib di N.14 Changkat Jering yang sebelum ini DUN tersebut dimenangi oleh Mohd Osman Mohd Jailu dari Parti Keadilan Rakyat dan telah mewakili BEBAS.


DUN Changkat Jering berada di bawah Parlimen Bukit Gantang yang mana parlimen ini juga diwakili oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, Ir Nizar Jamaluddin.Berpandukan kepada kes keputusan V. Sivakumar yang juga Speaker berkemungkinan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.


Menurut salah seorang Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Bashir Ahmad. UMNO telah mula sibuk mengadakan beberapa program bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak minggu lepas.


Ini melibatkan lawatan rumah ke rumah sambil memberi khidmat kesihatan kepada penduduk di beberapa kawasan perumahan dan kampung dalam DUN tersebut. Selain program kemasyarakatan UMNO/BN dengan kerjasama agensi kerajaan juga kini sibuk melaksanakan projek ‘mee segera’ di sekitar Changkat Jering.


Dalam keadaan cuaca hujan sekali pun kontraktor yang diupah BN sibuk bertungkus-lumus membaiki, menyiapkan jalan dan kerja-kerja penambakan. DUN Chamgkat Jering merupakan kubu kuat UMNO sebelum dirampas PKR pada PRU-12.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat