Mustapa Mohamad Menteri Besar Kelantan Akan Datang


Betapa bodohnya para pemimpin UMNO/BN mencampuri urusan kerajaan Kelantan dan beria-ia mahukan Menteri Besar Kelantan baru sedangkan pimpinan PAS tidak membincangkan isu ini. Sekarang ini UMNO/BN cuba mengalihkan isu royalti yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan Kelantan dengan menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pelbagai isu yang baru dicipta oleh mereka.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan sudah memadai. Tajuk akhbar dari Sinar Harian muka depan hari ini adalah “20 tahun memadai sebagai MB: Mustapha.” Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed menyifatkan tempoh 20 tahun Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengemudi Kelantan adalah memadai.

Siapakah dan apakah hak Mustapha Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menyuruh Tok Guru melepaskan jawatan sedangkan beliau harus sedar yang beliau bukan dari PAS? Tiada sebab untuk beliau mencampuri urusan dalaman kerajaan PAS. Beliau harus memperbetulkan UMNO yang mana UMNO adalah partinya dan bukannya parti lawan yang harus dibetulkannya.

Kemungkinan juga beliau berkeinginan mahu menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila menteri besar yang dipilihnya pada tahun 2008 ketika PRU-13 telah tewas ditangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Kekalahan itu sekali gus memalukan UMNO/BN di Kelantan yang hanya mendapat 6 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dan hanya 2 daripada 12 kerusi Parlimen dapat dimiliki oleh mereka. Tetapi kekalahan Awang Adek tidak ada masalah dalam UMNO kerana beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Begitu aneh dan pelik jika duduk dalam UMNO. Sikap tidak tahu malu sememangnya suddah sebati dengan pemimpin UMNO. Kalah dalam pilihan raya tetapi tetap akan dapat jawatan dalam UMNO. Ini terbukti UMNO adalah parti yang ketandusan serta kegersangan pemimpin yang layak dan kebanyakkan pemimpin mereka dalah bersifat “out of date.” Harga diri pemimpin UMNO memang murah jika dibandingkan nilai dan kualiti yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat.

Kata Mustapha Mohamed lagi bahawa tidak adil sekiranya jika Kelantan masih dipimpin oleh Tok Guru yang kurang sihat (uzur) dari semasa ke semasa walaupun beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah banyak menyumbang kepada negeri ini.

Inilah gelagat pemimpin UMNO yang tidak sedar diri ketika memberi kenyataan. Kenyataan mereka sering kali memecah belahkan perpaduan rakyat Kelantan serta memporak-perandakan kerajaan
Kelantan demi mengalihkan isu berkaitan royalti yang sebelum ini hebat diperkatakan di Dewan Rakyat.

Lupakan sahaja Mustapha Mohamed jika kamu mahu menjadi Menteri Besar kerana tugas memegang amanah bukan satu tugas yang ringan tetapi sebaliknya akan di nilai pada akhirat kelak. Bagi UMNO, mereka hanya ada dunia sahaja dan perjalanan mereka hanya di dunia dan sebagai bukti mereka memilih dunia adalah menolak hukum hakam Islam serta mencipta Islam baru. Dasar mereka adalah secular dan menolak al-Quran dan As-Sunnah.

Comments

nadzri_DR1221 said…
salam
nik amar ada membincangkan, husam musa juga tidak terkecuali memberikan cadangan siapa patut jadi MB, ramai lagi pemimpin PAS membicarakan isu ini, ini adalah masa depan rakyat Kelantan utk memilih pemimpin yg betol2 berkualiti, tidak hanya menggunakan agama, sedangkan mereka enak mengumpul kekayaan, mengumpul bini dari Kemboja, rakyat disuruh wala' kepada pemimpin dan hidup dalam serba kekurangan.
bijan said…
masa bila umno ada sedar diri mereka..kurang ajar...muka dah tak malu...bagi anuar musa jadi calon MB Johor..boleh nanti dia lantik 2 sultan...senang sikit PR nak ambil alih dlm PRU 13 atau 14...