Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Lagi Kebodohan Yang Ditunjukkan Komponen BN

Friday, 27 November 2009


Bertambah jahil dan dungu ahli politik dalam komponen Barisan Nasional ketika mempersoalkan hak royalti Kelantan. Hari ini lagi seorang pimpinan dari komponen Barisan Nasional, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mempersoalkan kerajaan pusat membantu rakyat Kelantan secara sama rata melalui pemberian wang ihsan akan gagal sekiranya disalurkan terus kepada kerajaan negeri sebagai royalti.

Kenapa perlu gagal? Bukankah itu hak kerajaan negeri menerima royalti sebanyak 5% dan kenapa si bangang seperti Nik Sapeia menagatakan akan gagal? Kelantan menuntut royalti dan bukannya duit sedekah (wang ihsan) dari kerajaan persekutuan. Kata Nik Sapiea lagi bahawa kesungguhan pemimpin Pas untuk mendapat royalti dan bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah “ada udang di sebalik batu”.

Sekarang ini siapakah yang membantutkan saluran kepada rakyat? Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Persekutuan? Royalti belum disalurkan kepada kerajaan Kelantan, mereka sibuk mengatakan kerajaan Kelantan gagal menguruskan hak royalty. Ini satu percakapan seorang yang kurang waras. Memang kurang waras Nik Sapeia ini. Belum lagi sesuatu projek bermula, sudah dikatakan gagal. Kalau projek kerajaan BN memang ya banyak terbengkalai. Seperti ‘Sebuah lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang terbengkalai’.

Inilah kenyataan beliau yang dipetik dari Bernama:

“Saya harap kerajaan pusat tidak menerima permintaan itu kerana sekiranya wang itu diberi terus kepada kerajaan negeri, matlamat untuk bantu rakyat negeri ini tidak akan tercapai,” katanya ketika diminta mengulas cadangan kerajaan Pas Kelantan untuk membawa ke mahkamah berhubung isu royalti minyak itu. – Bernama

Pelbagai cerita yang direka oleh UMNO Kelantan demi merosakkan minda rakyat Kelantan tetapi rakyat sudah tahu taktik lapuk BN ini. Pelbagai tuduhan demi tuduhan yang sebelum ini ditaburkan ke atas MB Kelantan, Husam Musa dan terkini pasal kegagalan projek. Memang bodoh orang dalam BN ini membuat kenyataan media. Dari mana dapat maklumat pun dia tidak tahu.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat