Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kedah dan PRK Kota Siputeh

Tuesday, 17 November 2009

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh hari ini diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini ekoran penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut.

Keputusan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin itu mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat mahkamah hari ini.

Permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang patut diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.

Sejajar dengan pengisytiharan tersebut, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah, esok.

Dalam penghakiman yang mengetepikan keputusan SPR itu, Hakim Alizatul menyatakan, suruhanjaya berkenaan telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional ketika mengekalkan Abu Hassan sebagai Ahli DUN (ADUN) kawasan tersebut.

Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) menyatakan dengan jelas berlaku kekosongan kerusi sekiranya ADUN tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Mesyuarat yang gagal dihadiri oleh Abu Hassan pada 19 April dan 9 Ogos lalu adalah dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama.

Berdasarkan Perkara 2 undang-undang tersebut berhubung tafsiran mesyuarat dan penggal, SPR tersalah tafsir apabila mengkategorikan bahawa ia adalah dua mesyuarat dalam penggal yang berbeza.

Di samping itu, SPR telah tersilap apabila menerima sijil cuti sakit Abu Hassan yang dinamakan sebagai responden pertama walhal mereka tidak boleh berbuat demikian.

SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat