Ibrahim Ali Buta Pembangunan

Sebelum ini Ibrahim Ali mengatakan Kelantan mundur dari segi ekonomi dan pembangunan. Namun apa yang dicakapkan oleh Ibrahim ali adalah sebaliknya. Dia sememangnya buta dan tidak pernah menjejakkan kaki di Bandaraya Kota Bharu.

Bangunan yang tersegam indah itu adakah bukan pembangunan? Adakah pembangunan tidak wujud di bawah pimipinan kerajaan negeri iaitu PAS? Adakah pembangunan itu hanya da dalam kamus UMNO sahaja? Jambatan yang dibina oleh UMNO telah reput dan telah digantikan oleh kerajaan negeri namun itu masih membutakan Ibrahim Ali?

Adakah pembangunan dunia sahaja perlu ditunjuk-tunjuk sedangkan pembangunan rohani perlu diterapkan bersama? Itulah yang sewajarnya sejajar dengan dunia dan akhirat. Namun kebutaan Ibrahim Ali kian menjadi-jadi setelah mahu ‘menjadi’ ahli UMNO.

UMNO sekarang ini berkira-kira dengan katak lompat ini serta berhati-hati dengan katak yang membawa masalah ini. Katak ini bagi UMNO adalah liability dan sebab itulah UMNO mahu mengkaji kemasukkan Ibrahim Ali ke dalam UMNO. Kemungkinan UMNO masih keliru dengan Ibrahim Ali ini.

Gambar di atas membuktikan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Adakah Ibrahim masih buta? Kemungkinan wakil rakyat ini tidak pernah keluar bertemu rakyat sehinggakan mengatakan Kelantan mundur.

Kemunduran itu sebenarnya adalah Ahli Parlimen Pasir Mas dan bukannya Kelantan. Ibrahim hanyalah boneka UMNO dan juga badut sarkas kepada Pakatan Rakyat. Kesian kepada Ibrahim Ali. Mahu bersama UMNO kena jadi boneka, mahu bersama Pakatan Rakyat jadi sarkas itu pu dia sendiri mahu jadi sarkas.

Comments