Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Guru Rogol dan Liwat Murid

Friday, 13 November 2009

Perbuatan kejam seorang guru lelaki yang dipercayai merogol serta meliwat lima orang muridnya sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Guru berusia 27 tahun itu diberkas setelah polis menerima laporan yang dibuat oleh pihak sekolah tempat dia mengajar di Lubok Antu.

Perlakuan jenayah guru itu dipercayai bermula sejak tahun 2006 apabila dia dikatakan merogol dan meliwat lima murid perempuan berusia antara tujuh hingga 10 tahun.

Polis menahan suspek di rumahnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak sekolah. Kesemua mangsa dipercayai telah dirogol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006.

Suspek yang juga penduduk tempatan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat