Engkau Duduk Dalam UMNO Bukan Dalam PAS


Aduhai pemimpin UMNO, engkau tak habis-habis nak serang Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Hari ini kenyataan media dalam akhbar Sinar Harian bertajuk “Nik Aziz Patut Letak Jawatan: Fatmi.”

Apa sebenarnya pergolakkan yang berlaku dalam UMNO sehingga menggangu gugat PAS. Adakah UMNO telah berpecah sehinggakan banyak serangan-serangan berbentuk peribadi dilemparkan ke atas Menteri Besar Kelantan.

PAS sudah berpecah ke? Itu semua cerita karut yang direka oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Saleh. Mana dia tahu PAS berpecah? Beliau duduk dalam PAS ke? Kalau Tok Guru mencetuskan kontroversi sekali pun, ia tidak menjejaskan UMNO sekali pun. Kalau betul berlaku kontroversi, kenapa orang PAS tidak bersuara sebaliknya UMNO bagi pihak pula yang bersuara.

Mesti ada agenda kotor yang mahu direncanakan oleh UMNO. Apa tidaknya, mereka begitu cemburu dengan pentadbiran Tok Guru sehinggakan mereka gagal untuk menjatuhkan Tok Guru dengan pelbagai isu termasuk menggunakan SPRM. SPRM gagal membuktikan kerajaan PAS terlibat rasuah sebaliknya UMNO yang pedih telinga mendengarnya dan sekarang pemimpin UMNo paling ramai yang disiasat SPRM. Tidak malukah mereka?

Sebenarnya sebagai orang bijak, kita tidak perlu melayan kerenah UMNO ini kerana jika melayannya samalah seperti kita terlibat. Sebagai contoh, kalau orang itu kurang waras (UMNO) kita sepatutnya tidak perlu mengganggunya atau mencari pasal dengannya dan lebih baik berdiam diri kerana jika kita yang terlibat dengan (UMNO) maka kita adalah lebih teruk dari UMNO.

Mereka menuduh Tok Guru dengan pelbagai isu dengan mengatakan Tok Guru tiada kewibawaan sebagai pemimpin dan Menteri Besar. Wahai pemimpin UMNO, jika Tok Guru itu tidak berwibawa kenapa Kelantan telah ditadbir hampir 20 tahun? 20 tahun jugalah Tok Guru jadi Menteri Besar. 20 tahun itu bukan 20 hari.

Pemimpin UMNO boleh bertahan sampai 20 tahun ke? Kecuali Dr Mahathir selama 22 tahun. Abdullah Badawi hanya sempat pegang jawatan sebagai pemerintah hanya selama 4 tahun (2004-2008). Najib sempatkah sampai PRU-13? Renungkanlah

Comments