Dua Kali Terbunuh, Nordin Mat Top Masih Hidup?


Sebelum ini kita digemparkan Nordin Mat Top telah terbunuh dalam siri tembak menembak dengan pihak kuasa Indonesia namun pada kejadian pertama disahkan yang terbunuh itu bukan Nordin Mat Top sebaliknya orang lain.

Selang beberapa bulan kemudian, Nordin Mat Top dikatakan terbunuh setelah ditembak dan mayatnya telah dikebumikan di Malaysia. Tetapi hari ini ada yang berlaku mengatakan Nordin Mat Top belum mati dan masih hidup. Ini bermakna sudah dua kali Nordin Mat Top “terbunuh” dan kali ketiga dia “hidup”.

Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lalu. Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki itu disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Interpol terhadap Noordin yang lebih dikenali sebagai Mat Top. Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti Al-Qaeda atau Taliban. Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.

Noordin, dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia. Adakah “hantu” Nordin Mat top yang masih wujud?

Comments