Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bajet Ikhlas Tapi Jauh

Monday, 2 November 2009


Najib Altantuya membentangkan bajet 2010 dengan menawarkan pengecualian cukai berjumlah RM500 juta sebagai hadiah Barisan Nasional kepada rakyat. Tidak kira rakyat itu dari Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Paling kasihan rakyat Barisan Nasional.

Bagaimanapun pada masa yang sama kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad kredit tambahan sekali gus memperolehi pendapatan lebih dari RM400 juta daripada rakyat yang memiliki kad kredit.

Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula setelah dihapuskan sebelum ini.

Hasil daripada yuran kad kredit dan hasil cukai keuntungan hartanah jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melaui potongan dan pengecualian cukai. Slogan belanjawan untuk rakyat juga amat diragui jika laporan petronas diteliti.

Syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah RM22 bilion pada 2009. Ini bermakna pemegang konsesi menikmati kebajikan lebih jauh daripada rakyat. Jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat, setiap orang akan menikmati lebih kurang RM815 seorang.

Ini belum lagi dicampur subsidi untuk pemegang tol, permit import(AP) dan sebagainya. Jumlah ini belum mengambil kira kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewenggan, rasuah, pembaziran dan sebagainya.

Skandal demi skandal terbongkar melibatkan puluhan billion ringgit hasil cukai yang dibayar oleh rakyat. Umpamanya PKFZ,PERWAJA, pembelian SCORPENE dan sebagainya.

1 comments:

Myzaara said...

Biasa la BN...
Mangkuk tandas pun mereka nak bid jugak...
UMNO ni tiada tuhan pun x pe janji ada UMNO....
Duit dalam UMNO sama dengan najis dalam.... BN (Buat Najis)

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat