Ali Rustam Tu Beruk Ke..?


Sebelum ini kita ada mendengar mengenai Ali Rustam dan beruknya bernama Mek Wok. Tetapi Mek Wok mati belum sempat sampai 48 jam dari tempat asalnya. Kematiannya berpunca dari tekanan perasaan. Kesian pada beruk Mek Wok Ali Rustam. Beruk pun tahu Ali Rustam ada krisis rasuah sehinggakan tertekan menyebabkan kematiannya. Maka dibuat bedah siasat ke atas beruk kesayangan tersebut.

Kali ini bukan untuk berbicara pasal beruk tetapi Ali Rustam guna perkataan beruk terutama di negeri Melaka. Nasib baik rakyat negeri Melaka tidak di berukkan oleh Ali Rustam. Kali ini sebuah kampung di Serkam dikatakan akan dikunjungi oleh pengunjung. Kampung tersebut ialah Lemak Beruk. Berukjuga yang dipilih Ali Rustam.

Lemak Beruk akan dibangunkan sebagai tapak Kem Pengakap Dunia. Koskem tersebut dianggarkan RM20 juta dan mampu menampung 20 000 peserta serentak. Apa lagi yang Ali Rustam mahu sehinggakan semuanya ‘ter’ di Melaka. Isu rasuah tu ‘ter’ juga ke?

Antara yang berkaitan dengan beruk adalah pembinaan Kem Lemak Beruk yang lokasinya terletak bersebelahan lebuh raya Alor Gajah – Melaka –Jasin (AMJ).

Di bawah ialah petikan dari blog pilihan mengenai Ali Rustam Beruk

Kali ini Datuk Ali mencetuskan idea baru yang tidak terfikir oleh pegawai-pegawainyanya iaitu dengan mengimport beberapa ekor beruk dari Kelantan. Tarikan terbaru di negeri Melaka ialah
aksi beruk memetik buah kelapa sambil para pelancong berkunjung ke Taman Buah-buahan Tropikal di Sungai Udang.

Aksi beruk yang tidak asing lagi di negeri Pantai Timur itu rupanya sudah mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka sejak sekian lama sebagai tarikan pelancong ke negeri itu. Buat permulaan kerajaan negeri telah membawa lima ekor beruk bersama dengan jurulatihnya sekali yang akan menjaga dan menyelia beruk-beruk tersebut.

http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/07/ali-rustam-beruk.html

Rakyat Melaka seharusya sedar akan keberukkan yang dilakukan oleh Ali Rustam. Jangan tertipu dengan gaya ala beruk-beruk yang ditunjukkan oleh media.

Comments

Riqq Green said…
kenapa perlu cemburu dgn melaka?? negeri kau adeke ketua menteri yg boleh bangunkan negeri dan kurangkan kemiskinan dlm tempoh 10 tahun pemerintahan? isu beruk xpayah nk diperbesarkan....bkn sekadar beruk, melaka ada mcm2 haiwan angkat seperti dolphin dan anjing laut semuanya untuk memajukan sektor pelancongan...ingat mengutuk2 orang sana sini dan perjunagkan benda yang kau pun xrasa betul tu boleh masuk syurga? berfikirlah sebelum berkata-kata....tuhan maha mengetahui....