Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Tanda-tanda Kiamat - Bah 1

Sunday, 4 October 2009


BEGINILAH keadaan pokok yang tumbang di kawasan Pasar Pengkalan Chepa, Kota Bharu akibat dilanda ribut baru-baru ini.

KOTA BHARU - Biarpun keadaan telah pulih seperti biasa, kejadian ribut di kawasan Pasar Pengkalan Chepa di sini masih lagi menjadi trauma bagi beberapa mangsa yang menyaksikan kejadian itu.

"Cuaca yang cerah ketika itu tiba-tiba bertukar gelap dan saya dengar bunyi angin kuat datang sebelum sebatang dahan pokok besar jatuh di hadapan saya," kata seorang peniaga, Zaiton Abas, 54.

Menurutnya, ketika kejadian pada pukul 3.30 petang itu, beliau berada di bahagian belakang kedainya sebelum bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya nampak ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di kawasan pasar dan terus memanggil mereka supaya berlindung di kedai saya.

"Belum sempat bergerak dari tempat saya berdiri, tiba-tiba sebatang dahan pokok besar jatuh menghempap beberapa orang lelaki yang berniaga di pasar tersebut," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, dalam keadaan kelam kabut itu, beliau nampak seorang lelaki tua terbaring dihempap dahan pokok tersebut dan tiga lelaki lain mengalami kecederaan.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat