Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pokok Pun Kena Rasuah BN

Thursday, 29 October 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia membelanjkan hampir RM60 000 untuk kerja membekal, menanam dan penyengaraan sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok terlalu mahal.


Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan kementerian membeli pokok dan tanaman seni taman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan daripada pembekal tempatan secara belian terus.


Kementerian itu contohnya membayar RM4 550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9 000 bagi 12 pokok pinang merah tapi semakan dengan pembekal tempatan lain, mendapati pokok sama itu pada harga jauh lebih murah.

Contohnya, pokok kemboja dan pinang merah bagi jumlah yang sama, masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1 560.


Sebaliknya kementerian itu berbelanja antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali ganda lebih mahal dari harga asal pokok tersebut.


Kementerian juga membayar RM37 450 bagi pokok itu sedangkan ia sepatutnya boleh berjimat sekurang-kurangnya RM31 000.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat