Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Penjenayah Sepenuh Masa Satu Pekerjaan

Monday, 26 October 2009


BRITAIN memiliki 1.6 juta penjenayah sepenuh masa yang bertanggungjawab melakukan puluhan ribu kes jenayah pada setiap tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Laporan itu yang memetik kajian Jabatan Dalam Negeri Britain menyatakan, angka mengejutkan itu merupakan pertambahan sejumlah 410,000 orang penjenayah aktif berbanding tempoh sebelumnya.

Mereka bertanggungjawab mencetuskan banyak penderitaan terhadap orang ramai dengan melakukan pelbagai jenayah terutama menyamun, merompak dan mencuri.

Malah, semua penjenayah tegar itu menyebabkan kerugian wang dan harta benda terkumpul mencecah £105 bilion (RM582.6 bilion) sepanjang kerjaya mereka.

"Hasil kajian itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa hanya seorang daripada setiap 20 penjenayah aktif di Britain, berada dalam penjara," kata seorang penyelidik jenayah, Max Chambers.

Menurutnya, jumlah penjenayah yang berjaya dipenjarakan setakat akhir Jun tahun ini hanya 83,450 orang.

Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat