Penduduk Ladang Bradwall Tolak BN


Tinjauan saya ke ladang Bradwall jam 10.15 malam tadi mendapati penduduk kaum India tidak mahu kepada UMNO/BN laknatullah dalam pilihan raya yang bakal berlangsung kurang dari 48 jam dari sekarang.

Penduduk India di kawasan ladang tersebut sudah mual dan jijik dengan perangai pemimpin UMNO/BN yang suka menabur janji-janji kosong dan sering menindas mereka untuk kepentingan peribadi. UMNO/BN laknatullah akan mendekati bila tiba masa pilihanraya namun selepas pilihan raya mereka hilang dan tidak nampak rupa asal seperti janji-janji sebelum ini.

Jumlah penduduk yang mendaftar di kawasan Ladang Bradwall adalah sebanyak 500 orang pengundi India tetapi pengundi yang betul-betul berada di ladang Bradwall tersebut adalah seramai 150 orang India sahaja manakala selebihnya berada di luar kawasan ladang Bradwall.

Di Ladang Bradwall juga ada menempatkan seramai 40 orang dari Indonesia, 134 orang dari Bangladesh dan yang selebihnya adalah dari kaum India. Dikhuatiri juga akan berlaku penipuan kerana jumlah penduduk ada dari kalangan warga Indonesia dan Bangladesh.

Selepas ini kita akan melihat satu lagi fenomena yang bakal diterjemahkan oleh kaum India di Bagan Pinang dan mereka akan mengundi calon PAS sebagai tanda sokongan perjuangan PAS yang lebih telus berteraskan Islam berbanding dengan UMNO/BN laknatullah yang lebih cenderung ke arah menindas.

Akan menyusul dengan pelbagai isu menarik

12:45 a.m

Comments