Media Munafik dan Fitnah Yang Berjaya


Utusan merupakan akhbar pencetus fitnah yang berjaya hasil didikan UMNO/BN yang selama ini cuba memecahbelahkan serta menghuru-harakan masyarakat dengan pelbagai berita palsu. Utusan sering melaga-lagakan parti politik dari Pakatan Rakyat agar pecah belah serta pengampu UMNO/BN yang paling berjaya.


Sumber berita kadang-kadang diputar belitkan segala fakta. Bukan sekadar fakta dalam negara, politik dan semasa malahan fakta sukan pun turut diputar belitkan. Apakah tujuan fakta diputar belitkan sehinggakan sukan pun ditipu faktanya? Adakah peminat sukan pun sering tertipu dengan maklumat yang disampaikan oleh utusan ini.


Utusan pada asalnya adalah media yang melaporkan berita mengenai masalah atau isu yang berlaku dalam negara tapi sekarang utusan telah menjadi kambing hitam UMNO/BN sebagai tempat menyebarkan fitnah dan mendapatkan publisiti murahan.


UTUSAN bermaksud (Utusan Tempat Umno Sebarkan Amanat Nista) yang mana adalah minda didikan yang melahirkan pemikiran cetek yang telah diasuh oleh pimpinan UMNO/BN. Berita asalnya tidak dikeluarkan malahan menokok tambah cerita asal menjadi sesuatu yang mustahil. Pembaca yang terlalu membacanya pasti akan tertipu dan pemikiran mereka lebih jauh terkebelakang walupun mereka membaca.


Bukti yang jelas bahawa utusan bukan akhbar yang bebas tetapi milik UMNO:


9. Pada tahun 1961, Utusan Melayu terpaksa diambil alih oleh golongan nasionalis dari penguasaan pelampau kiri yang menganggap kemerdekaan kosong dan yang tidak dapat menerima jalan kemerdekaan demokrasi berperlembagaan yang dipelopori oleh Allahyarham Tuanku Abdul Rahman atau Umno. Sesudah merdeka Utusan Melayu dianggap menjadi suara kepada alat penjajah dan New Colonialism.


10. Kemerdekaan yang dianggap kosong itu ternyata sekarang lebih berisi, lebih mantap dari kemerdekaan negara lain yang dulunya dianggap lebih bernilai kerana dicapai dengan perjuangan berdarah.


11. Dasar Utusan Melayu tercabar lagi apabila pejuang- pejuang bahasa telah membakar Utusan Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 3 Mac 1967 kerana Utusan menyokong kuat rang undang-undang bahasa yang mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.


12. Utusan Melayu pada keesokan harinya 4 Mac 1967 antara lain memberitakan bahawa orang-orang yang marah telah menjerit-jerit dalam perhimpunan lebih 1,500 orang pejuang-pejuang bahasa di Dewan Bahasa bahawa Utusan Melayu "pengampu", "lidah rasmi Umno", "biarkan bankrap" dan bakar "Melan Abdullah ketua pengarang Utusan Melayu".


13. Seorang penyair terkenal tanah air, Usman Awang, bekas wartawan Utusan yang ketika itu bekerja di Dewan Bahasa telah menulis sajak keranda 152 kerana kerajaan mengekalkan kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,……..


http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=paklahtpm

Comments