Kemaluan Yang Tidak Tahu Malu


Itulah tajuk yang paling sesuai untuk menggambarkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang sekarang berjinak-jinak dengan parti lamanya, UMNO (Use Money No Objection). Apakah dia telah rindu akan parti lamanya?


Menurut Ibrahim, sebab lain beliau tidak menyertai UMNO ialah kerana ingin menjaga kewibawaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diterajuinya supaya ia tidak dituduh menjadi alat pada mana-mana kumpulan.


Beliau kini cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan negara dan rakyat kerana parti itu sekarang bersikap lebih terbuka untuk dikritik berbanding Pas.


Sekarang ini si katak jantan mengatakan dia menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin. Dia lebih suka dengan suasana UMNO sekarang di bawah pimpinan baru yang lebih terbuka dan boleh menerima apa jua kritikan.


Katak yang tiada kemaluan ini menuduh parti yang dia bertanding atas tiket PAS dan berkata kerjasama dengan Pas pula hanya ketika pilihan raya umum lalu. Dia berkata tidak menjadi ahli parti itu kerana apabila dia memberi teguran dan kritikan yang dia rasa patut, nampaknya mereka tidak boleh terima sebaliknya mendesak supaya dia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.


Sememangnya dia tidak tahu malu dengan membuat kenyataan “Apabila saya mendapat ilham dan saya kira sudah bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik apatah lagi UMNO yang menjadi parti saya dahulu, maka saya akan buat keputusan.”


Dia masih berlagak seperti Tuhan dengan kenyataan tidak sedar diri "Walaupun saya orang kecil, saya menganggap diri saya sebagai orang perjuangan. Saya boleh hidup di padang pasir dan di lautan luas.”


Maka terbukti dia telah bekerjasama dengan UMNO terutamanya UMNO Kelantan dengan bukti kenyataannya "Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemimpin UMNO Kelantan kerana mereka juga rakan-rakan saya dulu. Apa yang boleh saya bantu saya akan bantu, apatah lagi untuk kebaikan rakyat Kelantan."

Comments