Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jerung Gergasi Mengganas

Tuesday, 27 October 2009


Umpan seekor jerung hampir putus dua dibaham jerung gergasi

Pihak berkuasa Australia meminta orang ramai tidak turun ke laut selepas seekor jerung putih raksasa didapati berkeliaran mencari mangsa di tepi sebuah pantai popular di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran yang melibatkan sekitar perairan Pulau Stradbroke dikeluarkan selepas jerung berukuran lebih enam meter panjang itu membaham seekor jerung putih sepanjang empat meter yang dijadikan umpan sehingga hampir putus dua.

"Saiznya pasti amat besar. Kami akan lebih berhati-hati apabila turun ke laut," kata seorang peluncur ombak berusia 19 tahun, Ashton Smith.

Berita serangan ke atas jerung lebih kecil itu menggerunkan penduduk di sepanjang perairan Queensland iaitu dari Pulau Stradbroke, dekat bandar Brisbane sehingga ke pantai Surfers Paradise, selatan bandar berkenaan.

Jerung putih adalah antara haiwan pemangsa paling ganas dan ditakuti di laut.

Seorang pengusaha bot sewa, John Gooding, ketika ditanya mengakui bahawa perairan tersebut banyak ikan jerung.

Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat