Gengster BN Yang Melampau

Tindakan gengster BN menyerang Markaz Induk dan Markaz Pemuda PAS Pusat adalah tindakan yang tidak masuk akal. Kehadiran lebih kurang 500 orang gengster dengan beberapa buah kenderaan seperti geng-geng mat motor, kereta dan lori seperti mahu mencetuskan huru-hara adalah satu tindakan yang tidak bertanggung jawab.

Ketika berlaku kejadian, beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis namun tidak dijawab seperti suatu rancangan ini telah diatur secara rapi. Apakah motif utama Markaz PAS diserang?

Beberapa pemuda PAS turut dipukul oleh gengster tersebut yang tidak tahu apakah tujuan mereka berbuat demikian. Tindakan ini sepatutnya dapat dicegah sekiranya pihak polis tahu tanggungjawabnya sebagai pihak berkuasa untuk mencegah dari kejadian yang tidak diingini namun seperti lembu yang dicucuk hidung .

Ikuti perkembangan selanjutnya dari kijang59.

8:35 a.m

Comments