Blogger UMNO Israel


UMNO menggunakan blogger-blogger ciptaan barunya untuk menentang PAS menegenai isu kerajaan perpaduan. Blogger-blogger UMNO diupah untuk memecah belahkan penyokong PAS dan pemimpin PAS dengan menyebarkan berita-berita palsu.


Sebenarnya UMNO ingin mengalihkan beberapa isu besar yang berlaku dalam Negara yang berlaku kepincangan serta krisis yang berlaku pada kerajaan pusat yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional Barisan Israel.


Antara isu yang cuba dialihkan oleh UMNO melalui blogger-blogger UMNO Israel adalah isu berkaitan Teoh Beng Hock, Setiausaha kepada salah seorang ADUN Pakatan Rakyat di Selangor. Selain isu Teoh Beng Hock, isu tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan ke atas kerajaan pusat masih menemui jalan buntu kerana kerajaan pusat tahu bahawa Kelantan layak menerima royalti tersebut tetapi dinafikan kerana Kelantan ditadbir oleh PAS.


Blogger-blogger UMNO ini sebenarnya menampakkan kelemahan dalam penulisannya apabila menyerang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara membabi-buta dan membela pemimpin pro-kerajaan perpaduan sedangkan blogger-blogger Pakatan Rakyat tidak menyerang peribadi seseorang.


Itu kita boleh nampak yang mana blogger-blogger Pakatan Rakyat dan mana blogger-blogger UMNO Israel. UMNO menunjukkan lagi kebodohannya dengan kenyataan PAS akan berpecah sedangkan dalam PAS tidak ada apa-apa yang berlaku dan berlaku itu adalah masalah biasa sahaja tetapi UMNO Israel ini seakan-akan sakit hati dengan PAS.


Adakah UMNO Israel cemburu dengan PAS atau kecewa kerana PAS tidak mahu bersama mereka? Kemungkinan besar juga kerana Muhyiddin beria-ia agar PAS bekerjasama dengan UMNO Israel sedangkan PAS menolak bulat-bulat kerjasama dengan UMNO Israel.


UMNO bagaikan bertepuk sebelah tangan, cinta tidak terbalas itulah ungkapan yang sesuai bagi UMNO Israel. UMNO mahu kejar bulan di angkasa namun berangan-angan dengan keris yang berpijak di bumi. Bagai keris rindukan bulan. Keris pun keris asalkan tidak terbang sampai ke bulan. Tunggu bulan jatuh keriba namun bulan tidak akan jatuh tetapi akan hentam keris dengan dahsyatnya.


Comments

DR 1221 said…
salam
artikel saudara " bendera umno sama dengan bendera israel " juga merupakan satu dakyah tentang apa yg tuan perkatakan dalam " blogger umno israel ". terimalah kenyataan jgn kita buat takpo, oghe lain buat tokleh.