Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bayar RM5 Rogol Budak

Saturday, 24 October 2009


Lokasi Budak perempuan dirogol

Selepas diumpan RM5 oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik sebelum dirogol di Sungai Pinang, Jalan Meru di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa yang berjalan ke sebuah pasar mini tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani sepupunya berusia tujuh tahun telah dihampiri lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Suspek kemudian menghulurkan wang sebanyak RM5 kepada mangsa sebagai upah jika kanak-kanak itu bersetuju mengikutnya.

Difahamkan, mangsa dilarikan suspek ketika dia hendak mengambil wang tersebut dan sepupu mangsa yang melihat kejadian itu terus memaklumkan kepada keluarganya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa ditemui di Jalan Meru kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian dua jam selepas dilaporkan hilang iaitu pada pukul 10.30 malam hari yang sama.

"Mangsa yang ditutup mulut oleh suspek dikatakan dapat melepaskan diri dengan melompat keluar dari van yang bergerak di Jalan Meru," kata beliau.

Sumber: Kosmo

1 comments:

seraiwangi said...

polis sibuk jaga orang politik saja, tak ada masa nak layan masalah rakyat...lantak hangpa lah nak kena culik ka, rogol ka, samun ka..pandai2 hangpa lah jaga diri..

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat