Apabila Bertuhankan Media UMNO


Akibat terlalu bertuhankan media pro-UMNO, keadaan menjadi kacau bilau akibat tiada pendirian yang tegas dikalangan penyokong PAS. Mengapa kita bertengkar angkara orang lain? Itulah padahnya jika bertuhan media perkauman yang suka memecah belahkan kaum tidak kira Melayu, India dan Cina.

Para blogger pula sibuk dengan analisis sendiri tanpa mengetahui sumber maklumat yang betul sehinggakan ada penulis blog sendiri seakan-akan terlibat sama mengeruhkan keadaan sekarang. Apakah peranan blogger sebagai media alternative untuk menyampaikan maklumat sekiranya bersekongkol dengan UMNO yang selama ini retak menanti belah?

UMNO sekarang cuba memutar belitkan isu dan kenyataan asal demi mencapai hajat mereka dan melihat Pakatan Rakyat berpecah belah. Itulah tujuan UMNO sebenarnya. Mereka hanya cakap isu perpaduan kaum sedangkan mereka sendiri bermain dengan isu perkauman.

Akhbar-akhbarnya menjadi medan fitnah kepada Pakatan Rakyat dengan putar belit fakta demi meraih publisiti murahan seperti murahnya UMNO dalam menangani isu rasuah. Maruah tiada bagi UMNO tetapi yang penting negara tergadai.

Mana perginya Melayu yang selama ini menegakkan keris membela Negara? Sedarkah Melayu UMNO bahawa Negara ini menuju kehancuran akibat kemerosotan prestasi akibat kerakusan pemimpin UMNO. Indeks rasuah Malaysia menokok dari ranking 43 ke ranking 47. ini pencapaian yang membanggakan? Ranking universiti pun turt ikut jejak sealiran dengan indeks rasuah. Universiti Malaya menduduki ranking ke 183 dari 200 universiti dan adakah kita berbangga dengan ranking tersebut?

Fikirlah wahai Melayu yang masih berangan-angan dengan konsep 1Malaysia. Semua konsep yang dicanang sebenarnya menipu rakyat terutama rakyat yang menyokong BN. Hidup 1Malaysia, 1Kematian dan 1Kubur. Selepas ini akan hanya ada satu parti komponen sahaja selepas 1Kematian untuk Barisan Nasional. Renungkanlah Melayu.

Comments