Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

40 Ah Long Kena Tangkap Selepas Diperangkap

Friday, 2 October 2009

Berpura-pura mahu melangsaikan hutangnya dengan 40 ceti haram atau ’ah long’, seorang wanita memperdaya mereka untuk masuk ke dalam perangkap polis.

Sebaik tiba di pejabat wanita berumur 42 tahun itu pada waktu berlainan di Sungai Besi di sini semalam, wanita itu telah meminta ’ah long’ berkenaan menunggu di tingkat dua pejabatnya bagi melunaskan hutangnya itu.

“Ah long’ terbabit berbuat seperti disuruh — dan terus masuk ke dalam perangkap polis yang sedia menunggu.

Dalam operasi enam jam itu, sepasukan anggota Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman menahan semua suspek berkenaan.

Antara yang dirampas daripada 40 `ah long’ itu ialah buku bank dan kad ATM.

Hari ini, polis mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret untuk menahan reman suspek berumur antara 25 dan 42 itu untuk membantu siasatan.

Kesemua 40 ’ah long’ itu akan ditahan di ibu pejabat polis Brickfields.

Seorang pegawai polis memberitahu Bernama bahawa wanita itu, yang terbabit dalam perniagaan percetakan, telah membuat pinjaman antara RM5,000 dan RM10,000 daripada setiap `ah long’ itu.

Beliau berkata wanita itu membuat pinjaman itu bagi membiayai perniagaannya.

“Bagaimanapun, apabila dia sering diganggu oleh ceti haram itu, wanita itu membuat beberapa laporan polis terhadap mereka.

“Berikutan nasihat kami untuk memerangkap ceti haram itu, wanita itu menghubungi mereka atas alasan untuk melunaskan semua hutangnya,” kata pegawai polis itu.

Beliau berkata lebih banyak ah long dijangka ditahan di kawasan Sungai Besi.

— BERNAMA

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat