3 DUN Bakal Diadakan Pilihan Raya Kecil

Selepas ini negeri Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan akan mengalami pilihan raya kecil yang akan menentukan perubahan selepas kemenangan haram BN secara taktik kotor di N.31 Bagan Pinang.

Di Kedah, DUN Siputeh akan menjadi rebutan antara BN dengan PAS yang mana ADUN dari BN telah diisytoharkan tidak menghadiri siding DUN selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.

Di Negeri Sembilan berkemungkinan akan berlaku pilihan raya di kawasan Johol. Ini kerana wakil rakyat dari Johol mengalami masalah kesihatan serta ingin menarik diri dari memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

Di Melaka, berkemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil melibatkan kawasan DUN Bukit Baru atau di DUN yang lain. Pilihan raya yang akan dilakukan itu bukan kerana ada ada kematian atau masalah kesihatan tetapi sengaja dikosongkan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa siapa akan kuasai kawasan tersebut. DUN Bukit Baru adalah dikuasai oleh BN.

Kita hanya tunggu dan lihat adakah ini akan terjadi atau mainan politik BN yang hanya inigin mencabar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil. Kesemua kubu di ketiga-tiga negeri adalah di bawah BN.

Comments