2 ADUN BN Sakit dan Rasuah


Di Negeri Sembilan, dua ADUN BN dari Johol dan Lenggeng dikatakan menagalami masalah kesihatan dan rasuah. BN cuba menyembunyikan fakta kebenaran mengenai kedua-dua ADUN mereka ini untuk mengelakkan berlaku pilihan raya kecil.


ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof diketahui umum mengalami masalah kesihatan dan gagal menemui pengundi untuk menyelesaikan masalah setempat. Keadilan sepatutnya diberikan kepada rakyat dan juga ADUN terbabit. ADUN Johol sebagai contoh perlu diberi peluang kepada rakyat kawasannya untuk memilih wakil baru yang boleh berkhidmat.


BN memberi alasan bahawa kawasan tersebut akan diambil alih oleh pihak ahli parlimen dan itu bukanlah suatu alas an yang bijak dan tidak bertepatan dengan amalan demokrasi. Ia jelas melanggar sistem demokrasi yang diwar-warkan oleh BN.


ADUN Lenggeng, Mustafa Salim mempunyai masalah yang lebih kronik. Beliau ditangkap menerima rasuah dan semasa ditangkap terbukti wang ada ditangan beliau. Jika BN sebuah parti yang berintegriti Mustafa mesti meletak jawatan kerana beliau boleh menjejaskan maruah parti. Tetapi dalam situasi ini BN jelas tiada maruah seperti seorang pelacur.


ADUN Johol diura-urakan akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang setelah terjatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan yang lalu.


ADUN Lenggeng pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah yang dilakukan oleh beliau.

Comments