Tol Percuma Rektorik

Pemberian tol percuma di Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur ketika musim perayaan adalah bersifat rektorik semata-mata kerajaan Umno/BN kepada rakyat.

Kenapa ia bersifat rektorik? Ini kerana pembayaran tol tidak dikenakan pada hari tersebut dan itu pun pada jam 1 pagi hingga 5 pagi. Hanya empat jam sahaja tol percuma diberikan kepada rakyat dan adakah semua pengguna jalan raya dapat menikmati kadar percuma itu dengan pengguna jalan raya dalam sekitar jam 1 hingga 5 pagi tersebut.

Kenapa tidak diberikan untuk 24 jam atau 2 hari awal? Jika diberikan 2 hari awal atau sekitar 24 jam berkemungkinan warga kota yang pulang ke kampung akan turut sama menikmati kadar percuma tersebut. Adakah kerajaan sedar bahawa pengguna jalan raya tidak menikmati kadar yang sama-rata. Kerajaan mungkin hanya mahu menunjukkan kebaikan tetapi tidak sedar maksud mereka hanya ingin mununjukkan kepada rakyat yang mereka prihatin tetapi hakikatnya adalah bersifat rektorik.

Adakah sekitar jam 1 hingga 5 pagi itu semua pengguna jalan raya menggunakan masa yang sama? Kerajaan patut kaji masa perjalanan pengguna di siang hari kerana di siang hari lebih banyak berbanding di malam harinya. Adakah ini satu lagi penjimatan kerajaan bersifat rektorik dan pelaksanaan bersifat kosmetik seperti kerajaan plastik.

Sama-sama rakyat dan pengguna jalan raya fikirkan apakah muslihat kerajaan yang terselindung disebalik kempen tol percuma ini. Sehingga bila tempoh konsesi mahu tamat dan kenapa tidak diambil sahaja konsesi tol tersebut oleh kerajaan? Konsesi tersebut diswastakan kerana untuk kepentingan kroni. Sebab itu tempoh konsesi tol di Malaysia tidak pernah habis berbayar dan sentiasa kena bayar oleh pengguna walhal tempoh berkenaan sudah tamat sekalipun.

Comments