Rosmah Puaka dan RM240 juta?


Rosmah Mansor dikatakan ada hubungan dengan individu berkaitan pembelian bas untuk kegunaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia merupakan satu kontrak mewah yang membekalkan 400 buah bas untuk kegunaan PLKN.

Bas berkenaan akan diimport dari negara China dan dijangka akan memintas kepentingan pengusaha bas yang mengangkut pelatih PLKN sebelum ini sejak dilancarkan pada tahun 2004. Bas-bas itu dikatakan ditempah di sebuah syarikat iaitu daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600 ribu sebuah yang mana hampir 2 kali ganda pada harga asal iaitu RM300 ribu.

Bas 40 orang penumpang itu mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) yang beberapa ratus tersadai di Rawang dan Selayang. Kerajaan juga dikatakan telah membuka tender secara rasmi namun pada hakikatnya segalanya telah ditetapkan yang hanya semata-mata untuk mengaburi rakyat bahawa urusan mereka adalah telus.

Sebuah agensi perkapalan juga telah dilantik oleh Kementrian Kewangan untuk membawa serta menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China. Dana bagi pembelian bas tersebut adalah dibiayai oleh sebuah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau dengan nama lain dengan nama ‘Prasarana’.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal dengan kelulusan kerajaan. Ia juga bertanggunggjawab menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang serta mengambil alih beberapa syarikat pengangkutan yang lain termasuk Sistem Transit Aliran Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

Comments