Proton-Lotus Masuk F1 , BMW & Honda Keluar F1


Mokhzani Mahathir, taukeh Litar Sepang F1.

Duit rakyat melalui PETRONAS akan digunakan sejumlah ribuan juta ringgit dalam membiayai kos penyertaan kereta F1 1Malaysia.

PETRONAS milik rakyat. Begitu juga Proton. Penasihat PETRONAS dan Proton adalah merupakan Tun Selipar sendiri. Jadinya kita lihat di sini, bapa berniaga dengan anak sendiri.

Melayu baru? | Sumber

Mukhriz, pula bertanggungjawab dalam mencari dan meluluskan perniagaan luar negara dan industri-industri untuk negara. Sekarang ini dia Timbalan Menteri Pedagangan Luar Negara dan Industri. Bijak betul Tun Selipar susun anak-anaknya dalam kerajaan.

Lagi seorang anaknya ibarat pelampung buat Tun Selipar ini. Dia ceburi perniagaan yang menggalakkan maksiat. Meniaga arak. Arak itu ibu maksiat. Suatu benda yang manusia akhir zaman semakin minum. Ternyata Mirzan Mahathir mengkaji hadis dan Al-Quran, lantas mengambil kesempatan di kala akhir zaman ini. Ya, dengan membeli kilang San Miguel di Filipina. Bukan kilang kondom, tetapi kilang arak terlaris dan terbesar di Asia.

BERJAYA juga membiayai perniagaan bapa & anak ini?

Siapa empunya syarikat BERJAYA? Bukankah dia seorang taukeh judi bernama Vincent Tan yang juga menabur wang dalam kes pembelian hakim (pita video VK Lingam). Lengkapkah sudah perniagaan nepotisme dan kroni ini?

Mahathir semakin kaya? Entahlah. Dengar kata penjualan kereta Proton menjunam. Hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.

Sumber: http://hanief.blogspot.com

Comments