PAS Bukit Katil Anjur Majlis Bersama Anak Yatim





PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah menganjurkan majlis meraikan anak-anak yatim bersama bertempat di Taman Chempaka, Peringgit.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YB Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dan YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab. Hadir sama dalam majlis itu adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat B Bedol dan Timbalannya, Nazri B Arifin. Selain itu kehadiran wakil-wakil dari Cawangan Taman Chempaka turut memeriahkan lagi keadaan. Beberapa saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil turut membantu melancarkan program bersama anak-anak yatim yang diketua oleh Khairul B Che Salleh dan KEtua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar B Md Dawi.

Majlis meraikan anak yatim melibatkan seramai 35 orang anak yatim dari Kawasan Bukit Katil. Kehadiran orang ramai turut menyerikan majlis serta disajikan dengan Maulud Dibaie oleh pelajar sekolah dan penduduk Taman Chempaka.

Majlis tersebut bermula dari 4.30 petang dan berakhir selepas solat terawikh dalam jam 10.30 malam. Selepas terawih diadakan tazkirah ringkas dari Ustaz Sulaiman sebagai pelengkap program malaam tersebut. Rata-rata yang hadir berpuas hati dengn penganjuran yang diadakan kali ini. Penat lelah ditanggung bersama untuk meraikan anak-anak yatim yang telah ketiadaan ibubapa.

Jumlah sumbangan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat dihulurkan kepada anak-anak yatim untuk memastikan mereka dapat berbelanja membeli keperluan raya seperti kanak-kanak yang lain. Jumlah yang diperolehi dari sumbagan orang ramai, syarikat dan individu mencecah RM8750 yang mana setiap kanak-kanak mendapat RM250 setiap orang.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang dan dapaat diteruskan sampai bila-bila. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur yang bekerja keras dalam melancarkan program bersama dengan anak-anak yatim ini.

Comments

LegendZ said…
minta izin copy..xsempat nk update la..