ADUN BN Perak Tiada Telur


Parti Islam Se-Malaysia menyelar tindakan Ahli Undangan Negeri Barisan Nasional yang takut untuk turun bersidang hari ini 2 September 2009.

Kali terkahir Dewan Undangan Negeri Perak bersidang adalah pada 7 Mei 2009 dan itulah persidangan DUN yang paling buruk dalam sejarah demokrasi negara ini sejak sekian lama. ADUN-ADUN BN hanya mengunakan persidangan yang dibuka dan ditangguh pada hari yang sama itu untuk merampas kuasa dari tangan rakyat.

Hingga kini mereka masih lagi takut untuk memasuki DUN bagi mengadakan mesyuarat rasmi sebagaimana DUN-DUN lain di seluruh negara. Kini Perak ditadbir oleh Kerajaan 'HARAM' yang hanya berani 'beraksi' diluar Dewan.

Rakyat Perak menuntut Pilihanraya kecil negeri diadakan bagi memulihkan keadaan ini dan sebuah Kerajaan yang sah dan diterima rakyat hendaklah ditubuhkan segera.

PAS juga mengutuk penggunaan Mahkamah dan juga anggota keselamatan terutamanya Polis bagi menghalang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat hari ini.

Sesungguhnya kejadian tempohari adalah kesinambungan dari puluhan episod malang yang terus memalukan negeri Perak. Inilah hadiah terbesar BN buat rakyat Perak yang terus derita oleh ketamakkan dan sikap rakus pemimpin BN yang tidak mahu menerima kekalahan mereka dalam Pilihanraya Umum kali ke-12 dengan berlapang dada.

Sesungguhnya bulan Ramadhan kali ini adalah ruang terbaik untuk rakyat Perak yang dianiaya, ditindas dan dizalimi oleh Kerajaan BN bagi memanjatkan doa memohon perlindungan dan bantuan dari Allah.

PAS berharap agar kisah tragis di Perak ini akan segera tamat.

Sumber: Harakahdaily

Comments