Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Lebih Haram Dari Babi, Lebih Bodoh Dari Lembu

Monday, 31 August 2009


Tindakan beberapa NGO Melayu dan didalangioleh UMNO mengarakkan kepala lembu dan memijaknya di hadapan bagunan SUK Selangor dua hari lalu telah mencemarkan imej penganut dan agama Islam itu sendiri.

Akibat tindakan segelintir pihak itu, seluruh penganut Islam terpalit sama dan boleh dipandang serong serta menyinggung perasaan penganut agama hindu. Tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain.

Sikap pihak tersebut yang mendakwa mereka juga Islam, namun bertindak jauh melampaui batas dan tunjuk ajar agama dan sering kali menjadi dalang kepada perpecahan Islam dan perpaduan kaum.

Mereka ini cuba menunjuk hero apabila mencanangkan merekalah pembela agama tetapi langkah membawa kepala lembu yang diletakkan di pejabat SUK Selangor adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan memalukan umat Islam di negara ini.

1 comments:

DR 1221 said...

anda memang hebat

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat