Sinar Harian Putar Belit Fakta


Tindakan akhbar Sinar Harian Edisi Rabu 19 Ogos 2009 di muka N16 yang mengatakan seramai 20 ribu orang berdemonstrasi pada Himpunan Mansuhkan ISA adalah tidak berasas dan sengaja menimbulkan provokasi serta menipu segala fakta yang terjadi.


Dalam gambar di atas menunjukkan sebilangan mereka yang berdemonstrasi tetapi tarikh Himpunan Mansuhkan ISA yang sebenarnya adalah pada 1 Ogos 2009 dan bukannya 9 Ogos 2009 seperti yang dinyatakan dalam akhbar Sinar Harian.


Tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar tersebut seolah-olah mahu membela UMNO serta mengatakan demonstrasi itu adalah tidak relevan. Inilah satu-satunya tindakan jahat yang cuba dijana oleh akhbar sekarang.


Selepas Berita Hairan dan Utusan Meloya buat fitnah ke atas pemimpin Pakatan Rakyat maka mereka sering buat kerja-kerja gila yang kadang-kadang kantoi akibat kebodohan mereka sendiri. Adakah akhbar Sinar Harian mahu menjejaki kawan-kawannya seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan?


Jangan kerana mahu mengejar populariti, maruah digadai seperti dua buah akhbar milik UMNO yang mana UMNO sendiri gadai maruah Melayunya. Cuma yang belum tergadai adalah maruah pemimpin dan ahli keluarganya sahaja. Jika sudah kena baru mereka tahu apa itu maruah.


Diharapkan Sinar Harian memohon maaf kepada rakyat dengan kesalahan yang telah berlaku sekiranya mempunyai maruah.

Comments