Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Siapa Mahu Demo Di Shah Alam?

Thursday, 6 August 2009

Pemuda PAS negeri Selangor menafikan akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor menukar portfolio exconya, Ronnie Liu.

Timbalannya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat.

Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut.

"Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat.

"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya.

Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

"Saya cabar Umno dan Pemuda Umno jika benar-benar ikhlas untuk mengharamkan penjualan arak secara terbuka, mereka mesti melaksanakan terlebih dahulu di negeri-negeri yang mereka perintah dan di Persekutuan," tegasnya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat