Melaka Ditimpa Bala Tuhan

Apa dah jadi dengan negeri Melaka? Satu persatu ditimpa musibah dan bala. Semua ini akibat kedurjanaan manusia serta kerakusan pemimpin UMNO yang ‘merogol’ khazanah alam.

Sebelum ini digemparkan dengan kematian akibat selsema babi ataupun dengan nama Influenza A (H1N1). Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi ditutup akibat penularan wabak yang tidak dapat dibendung ini. Melaka merupakan juara dalam penternakan babi serta menjuarai tempat pertama wabak selsema babi ini.

Akibat mahu mengejar kemajuan yang keterlaluan,maka balabencana yang tidak diundang datang menyerang Melaka. Apakah ini satu fenomena biasa? Ini bukan fenomena biasa tetapi satu satu musibah yang diturunkan untuk menyedarkan pemimpin yang masih mengejar kepentingan duniawi berbanding ukhrawi.

Belum hilang selsema babi maka datang pula jerebu yang menyelubungi Bandar Melaka. Boleh dikatakan semua bahagian dinegeri Melaka menerima tempiasnya. Begitulah ujian yang diterima oleh rakyat Melaka akibat kedangkalan pemimpin UMNO.

Ditinjau di bahagian Alor Gajah dan Masjid Tanah, keadaan jerebu amat buruk sehinggakan penglihatan hanya pada jarak 100 meter. Kebarang kalian kampus-kampus dan institusi pengajian kemungkinan ditutup lagi kerana paras Unit Pencemaran Udara (UPU) telah mencapai tahap berjaga-jaga.

Kadang-kadang hujan turun di Melaka boleh menyebabkan banjir kilat berlaku. Apakah sebuah negeri itu dikira maju sekiranya mengabaikan aspek peparitan? Kebiasaan banjir berlaku apabila hujan lebat kira-kira 3 jam yang berlarutan. Kawasan yang selalu dinaiki air ialah disekitar Peringgit di Kampung Pulau Kelapa. Di situlah selalunya berlaku banjir.

Diharapkan kerajaan negeri bertindak pantas dalam memastikan sistem peparitan dalam keadaan lancar bagi memastikan pengaliran air yang lancar.

Comments