Kerja Polis dan SPRM Patahkan Kaki dan Tangan Rakyat


Cuba kita lihat gambar di atas bagaimana kedua-dua orang tersebut dipatahkan tangan dan kaki mereka masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor.


Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan telah ditahan polis dan tangan sebelah kirinya patah akibat kegananasan pihak polis semasa menahannya ketika proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) N. 11 Permatang Pasir.


Di Selangor, Pembantu Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew iaitu Wong Chuan Chow. Wong telah dikasari semasa dipanggil bekerjasama dengan pihak Suruhnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Wong yang cedera di bahagian lutut kanan telah dikasari oleh SPRM.


Betapa ganasnya polis dan SPRM ini. Mereka sudah merajai Malaysia dalam isu membanteras orang-orang Pakatan Rakyat yang tidak bersalah namun berdiam diri jika UMNO melakukan kesalahan secara terang serta terbukti kesalahan mereka. Biadapnya SPRM dan polis ini.

Comments