FRU Turut Sama Dalam Demo Mansuhkan ISA?




Syabas kepada anggota keselamatan yang turut serta dalam acara demonstrasi Mansuhkan I.S.A. Semalam 1 Ogos 2009 membuktikan pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membuktikan mereka menyokong Mansuhkan I.S.A dan ini membuktikan mereka telah jijik dengan undang-undang rimba kerajaan UMNO yang bersifat kerimbaan.


FRU juga mungkin keliru ketika menyembur cecair berasid ataupun ‘water canon’ dan gas pemedih mata kepada yang berhimpun. Kemungkinan mereka menyangka itu peserta yang berhimpun itu adalah Pro-I.S.A tetapi mereka tersilap. Itu tidak mengapa kerana mereka mahu berubah dari sifat jahil kepada kurang jahil.

Bukti-bukti mereka menyokong himpunan tersebut adalah seperti berikut:

  • Memakai topi warna merah yang mana warna tema Mansuhkan I.S.A
  • Membawa trak mereka warna merah yang mana warna temanya adalah berkaitan Mansuhkan I.S.A
  • Memakai pakaian seragam gelap yang juga warna yang disyorkan oleh Mansuhkan I.S.A.

Comments