Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

BN Kena Sekolah Baru Tahu Bahasa Rakyat

Wednesday, 5 August 2009

Kalau sebelum ini pemimpin Barisan Nasional (BN) memperlekehkan perhimpunan aman rakyat bagi membantah sesuatu isu, namun kini suasana sudah bertukar.

Mereka tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan cemas sehingga terpaksa mencari pelbagai isu bagi menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Keadaan terdesak itu dapat dilihat apabila media pro BN terpaksa mencipta pelbagai isu termasuk menyiarkan berita seorang bapa mendakwa anaknya diperalat.

Manakala peniaga di Kuala Lumpur pula mendakwa mengalami kerugian besar ekoran demontrasi membantah ISA, Sabtu lalu.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno sekarang mulai faham 'bahasa' rakyat melalui bantahan jalanan secara besar-besaran yang diadakan.

"Sekarang barulah mereka faham bahasa rakyat apabila ramai turun ke jalan raya bagi membantah ketidakadilan yang berlaku.

"Kehadiran begitu ramai di jalan raya pada 1 Ogos lalu benar-benar telah meresahkan pemimpin Umno dan BN," katanya pada ceramah di Morak, malam semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, dan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Sabtu lalu puluhan ribu rakyat menyertai demontrasi membantah ISA yang dianggap sebagai sebuah akta tidak bertamadun kerana menahan tanpa bicara.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya benar tidak ramai hadir pada perhimpunan tersebut sudah tentu pemimpin Umno tidak cemas seperti berlaku sekarang.

Beliau berkata, kejayaan demontrasi jalanan dapat dilihat apabila perhimpunan membantah pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mendapat kejayaan apabila kerajaan mengumumkan dasar tersebut dibatalkan.

Menurutnya juga demontrasi yang diadakan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya tidak ada provokasi pihak keselamatan.

Katanya juga demontrasi yang disertai kira-kira 50,000 orang bagi membantah kekecaman Israel pada 26 Julai 2006 bermula di Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan kerana tiada provokasi.

Salahuddin pula berkata, bantahan terhadap ISA diadakan pada 1 Ogos lalu sempena genap 50 tahun akta tersebut dikuatkuasa di negara ini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat