Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pilihan Raya Umum ke-13 Pada 2012?

Saturday, 11 July 2009

2012, adalah tahun di mana Malaysia akan berdepan dengan pilihan raya umum ke-13. Angka 13 yang selalu disukai Abdullah Ahmad Badawi itu, banyak membawa petaka dan nasib malang kepada Umno itu sendiri.


WCH 13 - adalah nombor kereta PM, dan kehadiran 13 calon Bebas dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau sebelum ini juga mengundang kekalahan kepada Umno. Sebab itu, ada orang berpendapat bahawa angka 13 (13 calon Bebas) itu adalah hasil perencanaan parti pemerintah juga.


Muhyiddin perlu cermat sekali lagi memilih angka, tarikh dan tahun bagi mengelakkan kejatuhan Umno yang mungkin datang sebagai ombak tsunami dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Gara-gara PPSMI ini, Umno mungkin boleh rebah dengan suatu tolakan yang sangat dahsyat oleh rakyat.


Pilihan terletak di tangan Muhyiddin untuk beliau segera memansuhkan PPSMI tanpa tangguhan lagi. Jangan ditunggu-tunggu sehingga 2012, tahun malang buat Umno dan tahun yang didakwa akan berlaku titik permulaan tumbuhnya kuasa-kuasa kebaikan di dunia sebelum alam ini menempuh petaka paling dahsyat sepanjang hidupnya.


Rakyat tahu bahawa Muhyiddin terhutang budi kepada Tun Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu yang menjadi akar tunjang dan tulang belakang kepada Muhyiddin sehingga beliau sanggup mengeluarkan satu kenyataan untuk menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya sebagai PM.


Muhyiddin juga yang bertanggungjawab membawa Mahathir masuk semula dalam Umno. Tentu ada banyak rasa segan dan malu alah Muhyiddin ke atas Mahathir. Kalau Muhyiddin mahu memansuhkan PPSMI rasa tidak kena dan serba salah pula kepada Dr Mahathir.


Sepatutnya, Muhyiddin perlu ketepikan perasaan peribadinya itu. Ini kerana, hal ini melibatkan perjuangan bahasa kebangsaan. Janganlah dimasukkan hal ehwal peribadinya dalam perkara yang melibatkan kenegaraan. Jangan Muhyiddin libatkan hal peribadinya dengan Dr Mahathir kerana PPSMI melibat nasib murid-murid dan guru-guru sekolah!


Jangan kerana rasa malu alah dan segan antara dua orang pemimpin politik ini, maka semua sistem pendidikan tergendala, mutu pendidikan merosot. Jangan kerana khuatirkan projek kroni maka diperjudikan semua nasib murid-murid, guru-guru dan wang rakyat seluruhnya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat