Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Khairy Dan Telur Kecut

Tuesday, 14 July 2009

Mengimbas kembali akhbar Sinar Harian pada Khamis 9 Julai 09 di ruangan nasional sebelah kanan muka 2 mengenai kenyataan Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai ketiadaan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada kempen pilihanraya kecil N.41 Dun Manek Urai.


Dalam akhbar tersebut menyatakan ketiadaan Ustaz Nasharuddin adalah kerana perancangan Husam Musa yang berdendam dengan Ustaz Nashruddin. Ini teks yang disampaikan oleh Khairy kepada Sinar Harian “ketiadaan nasharuddin berpunca dari ‘arahan’ yang dikeluarkan Dato Husam Musa yang tidak mahukan Timbalan Presiden itu berada di Manek Urai’.


Kita cuba tanya Khairy kenapa dia sibuk sangat jaga ‘tepi kain’ Ustaz Nasharuddin? Apakah kaitan Khairy dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa sehinggakan membesarkan isu yang tidak ada kaitan dengan UMNO?


Adakah Khairy mahu membela Ustaz Nasharuddin? Kalau dia mahu membela, dia harus masuk PAS dan bukannya jadi anjing liar yang suka menggigit keamanan serta kedamaian pihak lawan. Khairy sebenarnya sudah terdesak sehinggakan hilang arah apabila Pakatan Rakyat sebulat suara tidak mahukan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.


Khairy patut sedar yang UMNO sebenarnya tunggu masa untuk ‘disembelih’ di Manek Urai. Dia seharusnya berwaspada pada UMNO dan bukannya menjaga kebajikan PAS. Parti sendiri pun huru-hara dan suka buat kecoh.


Khairy tahu yang UMNO ini hampir di talkinkan. Kebiadaban pemuda UMNO ketika sesi pendaftaran pemilih di pasar malam Taman Melaka Baru membuktikan UMNO ini hanya plastik sahaja untuk menegakkan perpaduan tetapi suka memainkan api perkauman. Mereka menimbulkan kekecohan dan cuba menarik perhatian orang ramai terhadap provokasi yang dimainkan. Itulah sebenarnya orang yang kurang mendapat kasih sayang.


UMNO kena tahu yang dia mahu perhatian sebab kurang kasih saying. Jadi bila kurang kasih sayang maka mereka melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian dan sebab itulah mereka buat kecoh. Tetapi yang berlaku sebaliknya. DAP dan PAS yang mendapat perhatian dan kasih sayang.


Jadi, sudah tiba masanya UMNO bubar sahaja partinya dan menyertai Pakatan Rakyat jika mereka mahukan kasih sayang dan perhatian daripada rakyat. UMNO sudah tidak relevan dan ‘expired date’. Tunggu masa masuk dalam tong sampah.


Jadi, UMNO perlu sedar yang rakyat sudah jumud dengan sikap pemimpin yang mempunyai perasaan pentingkan diri sendiri dan suka menunjuk-nunjuk. Kembalilah kepada Islam jika mahu selamat dunia dan akhirat. Biar pandai beza dosa dan pahala. Kalau mahu Islam, ambil keseluruhannya dan jangan ambil separuh-separuh. Dulu Islam Hadhari sekarang 1Malaysia. Apa yang ada dalam moto itu? Semuanya adalah mainan politik yang bersifat kosmetik.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat