Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Tidak Percaya Utusan?

Wednesday, 3 June 2009

Ahli PAS diseru agar tidak terpengaruh dengan propaganda yang kini sedang dimainkan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya mewakili sesuatu pihak dalam PAS.

Semalam kenyataan akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat. Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas. Semalam juga Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menegur Utusan Malaysia kerana memainkan isu perkauman.

Jika Timbalan Presiden Umno pun dah tegur Utusan, maknanya ada sesuatu yang tidak kena kepada akhbar itu dalam laporannya, ahli PAS juga jangan mudah terpedaya dengan apa yang dilaporkan akhbar itu

Akhbar tersebut mesti mempunyai agenda dalam membuat sesuatu laporan yang kononnya memihak kepada sesuatu kumpulan atau individu dalam PAS

Hal ini mesti disedari memandangkan akhbar itu sebelum ini cukup kuat menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sewaktu kempen pilihan raya yang lalu.

Keadaan 'trend' laporan yang dimuatkan Utusan hanya berlegar kepada satu kelompok dalam PAS sahaja, dan pastinya ia adalah petanda ia propaganda memecahbelahkan parti.

Muhyiddin dalam satu laporan akhbar internet dikatakan telah menegur Utusan kerana membuat laporan yang bernada 'perkauman'.

Akhbar milik Umno itu ditegur berikutan laporan akhbar Mingguannya yang menyiarkan artikel berunsur perkauman.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat