Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Tak Tahu Cili Itu Pedas

Wednesday, 3 June 2009

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Abdullah Yaakob berharap semua pihak berlapang dada sekiranya khutbah Jumaat yang dibacakan ‘mengena dan menyentuh’ seseorang.

Menurutnya, khutbah adalah perkara wajib dalam menunaikan solat Jumaat dan skopnya adalah berkenaan agama.

“Sekiranya khutbah yang dibacakan ‘bidikannya’ tepat mengena maka ianya perlu berlapang dada dan berubah ke arah kebaikan.

“Dalam soal ini, perumpamaannya seperti siapa yang makan cili ianya akan teras pedas,” katanya ketika dihubungi dan diminta mengulas tentang dakwaan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Anuar Safian berhubung wujudnya penggunaan khutbah Jumaat untuk berkempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.

Beliau berkata, khutbah Jumaat yang dibacakan adalah untuk menegur ke arah kebaikan dan perkara yang bercanggah dengan agama perlu ditegur.

“Ia (khutbah) untuk kebaikan semua di mana kesedaran kepada masyarakat dibangkitkan supaya berada di landasan yang di gariskan oleh Islam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat