Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Suka Main Belakang?

Sunday, 7 June 2009

Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w..

Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.

Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.

Selain itu beliau berharap unsur fitnah yang sudah mula timbul dalam PAS sesama sendiri akan berakhir selepas diumumkan pimpinan baru dalam Muktamar ini.

Dalam menangani masalah fitnah dalam PAS beliau mengingatkan semua pimpinan supaya meniru cara berfikir dan tindakan Nik Aziz.

Katanya, Nik Aziz merupakan seorang pimpinan dan ulama yang betul-betul ikhlas, jujur tidak ada perasaan dendam dan tidak ramai pimpinan PAS yang mempunyai sikap seperti beliau.

Menjelang pilihan raya kecil di Dun Manek Urai, Kelantan beliau mengajak ahli, perwakilan dan pimpinan PAS untuk membantu memenangkan calon PAS.

"PAS Kelantan sudah menyediakan rumah dan makan minum, ahli PAS dari negeri-negeri hanya menyediakan tenaga saja," katanya.

Beliau turut berharap pimpinan yang baru dipilih dapat menggembeling tenaga bagi menghadapi Umno di Manek Urai yang mempunyai 99.9 peratus pengundi Melayu.

Dalam sesi perbahasan ucap dasar itu, beliau mencadangkan supaya pimpinan memberikan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) sebanyak RM1 juta.

"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno," tegasnya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat