Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Tiada Calon di Manek Urai?

Friday, 12 June 2009

PAS Manek Urai dikatakan menghadapi masalah kerana ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN berkenaan 14 Julai depan.


Seorang pemimpin PAS tempatan memberitahu Malaysiakini bahawa kebanyakan calon PAS yang disebut-sebut, tidak memilik kelayakan yang mencukupi untuk menjadi calon.


"Kebanyakannya merupakan pemimpin yang sudah berusia dan kurang ilmu pengajian, Calon seperti ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa.


"Pengundi tua di Manek Urai kini adalah 50 peratus, yang kita bimbang adalah pengundi muda yang terdedah kepada perkembangan ilmu moden.


"Jika PAS meletakkan calon lama lagi dan ditambah pula dengan kurang pendidikan, saya khuatir ditolak oleh pengundi muda," katanya.


Namun begitu, Malaysiakini difahamkan beberapa nama disebut mungkin dipilih bertanding sebagai wakil PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.


Menurut sumber PAS, dua daripadanya ialah bekas ADUN Guchil, Zulkefli Yaakub dan dan Fikri Che Ismail, seorang ahli perniagaan yang berusia dalam lingkungan 50-an.


95% pengundi Melayu


Zulkefli - bekas ketua pemuda PAS Kelantan - pernah menjadi ADUN Guchil yang mengalahkan calon BN Mohd Razali Che Mat dalam pilihanraya umum 1999.


Bagaimanapum, beliau tewas kepada Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dari BN dalam pilihanraya umum 2004.

Zulkefli tidak bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.


Manakala, Fikri, 51, adalah timbalan ketua PAS cawangan Kampung Laloh Kuala Krai.


DUN Manek Urai mempunyai 12,293 pemilih berdaftar, dengan 95 peratus pengundi Melayu yang bergantung pendapatan kepada hasil pertanian termasuk sawit dan getah.


DUN itu mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.


Ketika dihubungi, Zulkefli berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon Manek Urai.


"Sehingga hari ini saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Manek Urai.


Sementara itu, Fikri berkata, beliau akan memikirkan terlebih sebelum menerima atau menolaknya.


Katanya, ini kerana PAS perlu meletakkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan di Manek Urai.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat