Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Terlopong, Ternganga, Terkejut Bila Runtuh

Friday, 5 June 2009

Maka budaya rakyat yang gemar mengerah seluruh anggota keluarga menghantar sanak-saudara yang nak berangkat ke Makkah membantu memasyhurkan lagi stadium yang serba canggih itu. Setiap yang hadir, walau pun bukan atas hasrat menyaksikan acara sukan, ternganga dan terlopong dengan keperkasaan binaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan keunikan struktur bumbungnya. Cerita ketakjuban mereka terhadap stadium itu dibawa balik ke segenap pelusuk negeri.

Sebab itu apabila pada Selasa lalu ia runtuh, berita mengenainya sukar lekang dari bualan masyarakat. Macam-macam luahan dan soalan timbul. Bagaimana mungkin stadium yang baru siap sudah runtuh? Macam mana boleh stadium yang sangat canggih runtuh juga? Belum pernah berlaku dalam negara kita kes seperti itu.

Ada yang pernah tengok stadium itu, belum puas menengoknya dan berniat menengoknya sekali lagi. Ada yang baru dengar cerita mengenai kehebatannya dan sudah pasang niat nak ke Gong Badak menengok sendiri struktur unik itu. Tahu-tahu ia sudah runtuh.

Setakat ini semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembinaan SSMZA dipertanggungjawab dan dituntut memberikan penjelasan. Namun, masing-masing kelihatannya lebih berminat saling menuding jari.

Apa yang dapat difahami dari kenyataan pelbagai pihak itu, projek ini adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu, bukan kerajaan Pusat. Bagaimana pun keaiban atas keruntuhannya turut ditanggung negara.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat